Sunday 17 July 2011

tips kurangkan rase senggugut..adoi adoi

Posted by missLavender at 01:32

woo ari ni I kene senggugut cm nak terbalik dunia...xpernah lg kene sakit camni..patutla lately I rase emosi jek..kesian Mr Remedy coz selalu jd mangse emosi I yg mengalahkan gempa bumi di jepun..kikiki sorry dear..so tu nak share ckit kat u allz camne nak kurangkan senggugut bukan sesungut tau..tp kalau I, ubatnye tidur je smpi lebam..tapi xtau la u all lehh try petua ni..before tu ni ade ckit fakta mengenai prihal senggugut ni..

SENGGUGUT bukan sekadar kekejangan teruk ketika haid, tetapi ia turut menjadi petanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis. Endometriosis adalah penyakit yang berlaku apabila tisu endometrium, iaitu tisu pengalas dinding rahim (yang sepatutnya tanggal ketika haid) tumbuh’ di luar rahim sama ada di ovari, tiub Fallopian, ligamen yang menopang rahim atau di mana saja dalam rongga pelvik...ha nak tau lagi lanjut kan try pi tgk link ni http://www.wanitakini.org/forums/lofiversion/index.php/t1012.html

ni petua yg leh kite share sesame :

1) bertenang dan cube elakkan dari terlalu fokus pada kesakitan tu..banyakkan berzikir..
2) dapatkan tidur yang cukup..mcm ni memang sesuai untuk I..tido je sonang
3) gunakan pad panas atau mandi dengan air suam agar keadaan perut lebih selesa atau boleh juga isikan air panas kedalam botol dan tuamkan ke perut..
4) rendam hirisan halia ke dalam air suam dan minum, dapat meringankan otot rahim
5) urut bahagian perut, belakang n pinggang coz ia dapat membantu merehatkan otot
6) akupuntur
7) makan pil tahan sakit tapi ni mesti dapat nasihat dari doktor ye..
8) minum air kurma merah kerana ia dapat melancarkan darah..

tu je la yg dpt share..cubelah mane tau dapat membantu..memang agak sakit senggugut ni..tapi ingatlah setiap yang terjadi itu ade hikmahnye..wanita yang sentiasa tersenyum dan gembira bersyukur ketika haid banyak pahalanye..renung renung kan..selamat beramal..ceh dah macam tazkirah la plak..hahahah

0 comments:

Post a Comment

 

missLavender(^_^)Y Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting